1.5 Juta Unit Terjual Didalam Masa Seminggu Untuk Nintendo Switch

Now Reading
1.5 Juta Unit Terjual Didalam Masa Seminggu Untuk Nintendo Switch

Sebelum ini Nintendo America pernah menyatakan bahawa prestasi jualan Nintendo Switch agak memberangsangkan selepas dua hari dari tarikh pelancaran, sehinggakan ianya mencapai status konsol terlaris didalam sejarah jualan konsol Nintendo yang lain.

Hari ini, sumber dari SuperData (melalui GamesIndustry.biz) menyatakan bahawa statistik jualan Switch kini telah mencecah 1.5 juta unit, selepas seminggu dari tarikh pelancaran. Data ini adalah berdasarkan daripada penjualan kepada pengguna, tidak termasuk pembekalan unit konsol ini kepada peruncit.

Amerika Syarikat mendapat penjualan yang terbanyak, diparas 500,000, manakala 360,000 unit di Jepun. Manakala Perancis mempunyai 110,000 unit dan 85,000 dari pasaran UK.

Mengikut dari SuperData lagi The Legend of Zelda: Breath of the Wild adalah sebab utama mengapa konsol ini terjual dengan jayanya. 89% adalah jumlah pengguna yang inginkan Switch atas kerana ingin bermain permainan video terbaharu Zelda.

Presiden Nintendo, Tatsumi Kimishima pernah menyata bahawa mereka ingin mencapai sehingga 2 juta unit jualan terhadap konsol serba baharu mereka ini. Maka, jika data ini benar, tidak mustahil ianya boleh dicapai dalam masa yang terdekat.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response