E3 2016 telahpun menutup tirai dengan pelbagai pengumuman dibuat, dari game baharu, sehingga konsol baharu diumumkan sekaligus membawa berita gembira kepada gamers semua. Cakap pasal pengumuman game, terlalu banya yang telah diumumkan, dari game baharu dan juga maklumat lebih lanjut mengenai game yang pernah diumumkan pada E3 tahun lepas.

Untuk sekadar garis panduan kepada gamers semua, berikut adalah 10 game yang kami inginkan dari E3 2016.

1) Death Stranding

Selepas Hideo Kojima keluar dari Konami, beliau menubuhkan studionya sendiri yang bernama Kojima Productions. Ramai menantikan apa yang akan diumumkan oleh Kojima mengenai projek game baharu beliau pada E3 2016. Mengikut dari video diatas, Death Stranding ternyata agak berbeza dengan konsep yang unik sekaligus terciptanya pelbagai pertanyaan tentang game ini.

Dengan penampilan seorang pelakon terkenal dari siri The Walking Dead, Norman Reedus berkemungkinan akan bermain peranan sebagai watak utama. Mengikut dari maklumat baharu, Death Stranding adalah sebuah game aksi seperti Metal Gear Solid, bukannya game seram seakan Silent Hill yang pernah dibatalkan sebelum ini.

2) Resident Evil 7

Pelbagai reaksi diberikan oleh peminat siri Resident Evil kali ini, sama ada baik ataupun buruk. Ini adalah kerana atas sebab pendekatan yang berlainan diberikan oleh Capcom untuk Resident Evil 7 yang lebih kepada suasana amat seram dengan pandangan dari segi orang pertama berbanding pandangan orang ketiga pada siri yang lepas. Ianya adalah kesinambungan game The Kitchen untuk PlayStation VR pada tahun lepas.

3) Titanfall 2

Titanfall adalah sebuah game kompetitif yang amat unik dengan teknik perlawanan bersama mecha-robot yang memerlukan tindak-balas yang pantas oleh pemain. Pengumuman siri kedua dari Respawn Entertainment sudah semestinya memberikan penambahbaikan dari siri sebelumnya (khususnya penambahan alat Grappling Hook). Kempen Single-Player juga diberikan atas permintaan ramai. Titanfall 2 akan berada dipasaran untuk platform Xbox One dan PC.




4) Dishonored 2

Selepas Dishonored pertama yang dilancarkan pada 2012, ianya menerima pujian yang baik dari pengkritik ataupun peminat. Pengumuman untuk Dishonored 2 pada E3 2015, membuatkan peminat gembira dan menantikan apakah yang akan diberikan oleh Bethesda.

Kali ini, mereka mengeluarkan banyak lagi maklumat mengenai siri baharunya, Dishonored 2 pada E3 2016. Emily, sebuah watak utama selaku pembunuh secara senyap yang diwarisi dari watak siri sebelumnya, Corvo. Game ini akan berada dipasaran pada 11hb November 2016 untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

5) Horizon: Zero Dawn

Selepas pengumumannya pada E3 tahun lepas, Sony kali ini memaparkan video gameplay yang agak panjang dengan menunjukkan pelbagai kandungan dan keunikan diberi pada Horizon: Zero Dawn. Dari teknik perlawanan yang agak unik dan kompleks, pemain juga boleh meneroka dunia futuristik dengan senjata klasik seperti anak panah dan lain-lain.

Pemain juga boleh mencari pelbagai sumber dari robot untuk tujuan penjualan atau crafting.

6) Quake Champions

Quake akhirnya kembali selepas beberapa tahun lamanya mendiam didalm industri gaming. Quake Champions yang lebih memfokuskan kepada eSukan akan diumumkan lebih lanjut pada QuakeCon ke-21 Ogos ini.




7) Scalebound

Selepas pengumuman dengan video sinematik oleh Platinum Games dua tahun lepas, akhirnya kita dapat melihat video gameplay yang amat menarik untuk game eksklusif Xbox One & Windows 10, Scalebound. Game jenis perlawanan yang menggunakan naga untuk menewaskan musuh-musuh dari segi raksasa yang besar. Karakter yang agak “hip” sekaligus mengingatkan kami kepada Dante dari siri Devil May Cry.

8) God Of War

Sebuah pengumuman yang dinantikan oleh Sony, Kratos kini kembali dengan penampilan lebih matang dari sebelumnya. Mengikut dari video, teknik perlawanan berkemungkinan berbeza dari siri God of War yang kita tahu. Lokasi yang bertempat di kawasan pedalaman Norway, Kratos mempunyai misi dan cabaran baharu khususnya bersama anak beliau didunia yang penuh dengan musuh tidak dijangka.

9) Watch_Dogs 2

Walaupun telah diumumkan sebelum E3 2016 bermula, bagi kami Watch_Dogs 2 mungkin akan kembali memberi harapan kepada pemain selepas kualiti yang hambar dari siri pertama. Dengan pengenalan karakter lain, beserta dengan teknik godaman dan teknologi yang baharu, sudah semestinya ianya sebuah game yang kami nanti-nantikan.

10) ReCore

Lagi satu game yang telah diumumkan pada E3 2015 lepas dengan video gameplay pertama kali dikeluarkan pada E3 tahun ini. Sebuah game pandangan dari orang ketiga, Joule sebagai watak utama akan mengembara bersama dengan rakan robot-robot untuk menewaskan musuh. Menariknya, sentuhan platformer juga diberikan.

Lagi senarai pilihan:

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
100%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response