Seperti kita tahu, salah satu fungsi hebat untuk Fallout 4 versi PC adalah mod. Sebuah isi kandungan ekstra berdasarkan komuniti seperti penambahbaik kualiti grafik, mengurangkan penggunaan Fusion Core daripada Power Armor, dan banyak lagi.

Berikut adalah 5 Mod terkenal untuk Fallout 4 (PC) berdasarkan dari laman web Nexusmods.

#5 – Settlement Supplies Expanded (SSEx)

Mungkin korang tertanya mengapa Bethesda memberikan koleksi pembinaan yang sikit untuk Settlement korang, masalah itu tiada lagi dengan mod ini. Dengan penambahan lebih dari 300 koleksi baharu, kini pemain boleh bina pelbagai koleksi-koleksi seperti helikopter itu sendiri!

*Helikopter tersebut tidak boleh terbang.

#4 – Glorious Female N*de Mod

Whoops, ermm.

*Anda perlu login untuk lihat maklumat lanjut di NexusMods.com.

#3 – Fallout 4 – Texture Optimization Project

Texture Optimization Project

Sudah semestinya kita semua tahu, bahawa kualiti grafik dan tekstur Fallout 4 agak kurang dan tidak berapa cantik. Maka mod ini akan menambahbaik kualiti tekstur dan grafik untuk game ini. Amaran, kemungkinan akan memakan prestasi kad grafik dan CPU anda.

Texture Optimization Project 2

 

#2 – Fallout 4 Configuration Tool

102-0-1448471434

Banyak maklumbalas dari pemain PC kepada Bethesda tentang tetapan yang agak ringkas dan tidak mendalam kepada pemain. Maka Mod ini berguna sekali untuk pemain semua. Beberapa tetapan tambahan diberikan dari Grafik, Alat Kawalan, Resolusi dan banyak lagi.

#1 – Full Dialogue Interface

jpg

Mod yang amat terkenal dan sungguh berguna kepada semua pemain. Jikalau anda semua sudah biasa dengan siri Fallout sebelum ini, sistem dialog di Fallout 4 adalah lebih ringkas berbanding siri sebelumnya yang menunujukkan frasa penuh tentang apa yang akan diperkatakan.

Maklumat Penuh Tentang Mod Ini

Berikut adalah 5 mod terkenal setakat ini, apakah mod yang anda minati? Jom komen dibawah!

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response