Acara Pelancaran Uncharted 4 Di Sunway Pyramid Malam Ini

13051734_601246326695035_338281035287612920_n

Hari yang dinantikan bagi banyak peminat pengembaraan Nathan Drake, Uncharted 4 akhirnya akan mula dipasarkan bermula pada hari esok 10hb Mei 2016 kepada umum. PLAY Interactive, selaku pengedar sah Sony menganjurkan acara pelancaran Uncharted 4 di Sunway Pyramid malam ini.

Acara yang bermula pada hari ini sehingga 15hb May bertempat di Sunway Pyramid LG2, West Wing (Berdekatan dengan restoran Delicious, Nando’s dan butik FOS) dan ianya dibuka kepada umum  . Namun acara kemuncaknya adalah pada hari ini bermula dari 10PM dimana pelanggan pra-beli akan mendapat unit Uncharted 4 julungkalinya di Malaysia.

Pelanggan yang telah pra-beli, perlu beratur lebih awal terlebih dahulu sebelum pelancaran pada jam 12 tengah malam. 99 Pelanggan terawal akan mendapat hadiah eksklusif t-shirt Uncharted 4 istimewa dan poster premium.

13083229_604097853076549_8787336237599529873_n

Cabutan bertuah juga akan dibuat untuk pelanggan pra-beli dengan hadiah yang menarik seperti tiket ke Tokyo Game Show dengan penerbangan pergi-balik, PlayStation 4 edisi terhad Uncharted 4, t-shirt istimewa, alat kawalan dualshock Uncharted 4 dan juga set kepala Roccat Renga.

fb-promo-grand-lucky-draw

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook tentang acara pelancaran ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
100%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response