Alami PlayStation VR Sabtu Ini – GameStart

Seperti kita tahu, GameStart Asia sebuah acara ala-E3 di Singapura akan mula dibuka pada Sabtu ini (14/11). Banyak syarikat dan studio game akan menyertai acara untuk tahun kedua kali ini. Salah satu dari syarikat tersebut adalah Sony. Dinyatakan bahawa saiz booth mereka 30% lebih besar dari tahun lepas, Sony telah memberikan kenyataan rasmi tentang apakah akan dibawa oleh mereka semasa acara ini.

ALAMI PLAYSTATION VR

Buat julung kali di serantau Asia Tenggara, Sony kini membawakan PlayStation VR kepada pengunjung acara ini. Sebanyak enam unit demo diberikan kepada umum untuk mengalami gajet baharu dari Sony ini.

LEBIH DARI 30 JENIS GAME DEMO

Sebanyak 50 unit dengan lebih dari 30 jenis game untuk pengunjung bermain. Game-game terkini dan akan datang seperti Street Fighter V, Bloodborne: The Old Hunters, Call Of Duty: Black Ops 3, Star Wars Battlefront dan banyak lagi.

PSVR-1024x575

TETAMU ISTIMEWA DARI STUDIO GRAVITY RUSH DAN STREET FIGHTER V

Keiichiro Toyama, selaku Producer untuk Gravity Rush Remastered telah dijemput dan akan memberi sedikit sebanyak tentang game akan datang ini kepada umum. Dijadualkan pada 2pm, Sabtu.

Manakala, Ono Yoshinori, Executive Producer untuk Street Fighter akan memberikan ucapan beliau pada 5pm, Ahad.

PROMOSI ISTIMEWA SONY

Untuk sesiapa yang ingin membeli beberapa aksesori mahupun konsol PS4, berita baik buat anda. Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan beberapa promosi istimewa khas semasa acara GameStart ini. Hadiah juga akan diberikan, seperti cabutan bertuah untuk memenangi TV Bravia ataupun Edisi Terhad PlayStation 4 versi Ulang Tahun 20 oleh Sony.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response