fbpx

Alami Seni Muzik Okestra Kingdom Hearts Di Kuala Lumpur

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-15 untuk siri Kingdom Hearts, peminat kini boleh alami konsert Kingdom Hearts Orchestra World Tour yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13hb Mei 2017.

Dengan menyatukan pelbagai karakter dari siri lain seperti Final Fantasy dan Disney, konsert ini akan memainkan semua muzik dari siri Kingdom Hearts itu sendiri didalam bentuk okestra.

Tetsuya Nomura, selaku orang penting dari faktor kreatif siri game ini juga akan menghadirkan diri dengan video sinematik yang diiringi oleh 70 pemain muzik diatas pentas.

Kingdom Hearts adalah sebuah game JRPG yang telahpun lama berada dipasaran semenjak era PlayStation 2 lagi pada tahun 2002. Data menyatakan, siri ini mendapat lebih dari 25 juta unit terjual dari 8 siri secara total. Kingdom Hearts 3 yang akan dipasarkan untuk PlayStation 4 adalah siri baharu setelah sekian lama menyepi semenjak pengenalan tetangnya pada tahun 2006.

Harga tiket untuk konsert ini adalah didalam rangka harga RM170 sehingga RM550 yang dijual melalui Ticketpro. Ianya akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -