Alienware 13 Baharu Kini Dipasarkan Di Malaysia

Alienware 13 serba baharu kini boleh didapati di Malaysia melalui laman web rasmi Dell Malaysia dengan harga RM6,611 (semasa artikel ini ditulis). Dikenali sebagai entry-level untuk peminat siri Alienware, ianya didatangkan dengan Intel Core i7-7700HQ, sebuah cip pemprosesan generasi ke-7 / Kaby Lake yang mampu mencapai kelajuan sehingga 3.8GHz.

Untuk kad grafik, ianya disertakan sekali GTX 1060 (6GB memori) yang mampu bermain permainan video terkini dalam anggaran 45 fps – 80 fps (frames per second) dengan tetapan grafik ultra didalam resolusi Full HD.

Mengikut sumber melalui Lowyat.NET, Dell Malaysia juga membawa Alienware 15 & 17 dengan spesifikasi terkini iaitu cip pemprosesan Kaby Lake dimana baru sahaja diumum pada acara CES 2017 yang sedang berlangsung di Las Vegas sekarang.

Anda boleh mula membeli komputer riba ini secara atas talian di Dell Malaysia.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response