AMD Radeon Pro Duo – Kad Grafik 2 GPU Untuk 4K dan VR

Pada 14 Februari lalu bersempena GDC (Game Developer Conference) yang bertempat di San Francisco, AMD telah mengadakan acara livestream “Capsaicin”. Antara perkara yang diumumkan AMD termasuklah kad grafik 2 GPU terbaharu yang dinamakan secara rasmi sebagai Radeon Pro Duo.

Dalam E3 2015, AMD telah menunjukkan sampel kad 2 GPU yang menggunakan chip arkitektur Fiji sama seperti Fury/Fury X. Khabar-khabar angin dan ketirisan selepasnya menamakan kad tersebut sebagai Fury X2. Namun pada GDC 2016, nama yang dipilih ialah Radeon Pro Duo.

Mengapa Radeon Pro Duo? Walaupun menggunakan cip Fiji sama seperti Fury, kad ini disesuaikan untuk prestasi setaraf FirePro iaitu siri kad profesional keluaran AMD. Sasaran pasaran AMD untuk Radeon Pro Duo ialah para pembangun profesional yang menggunakan aliran kerja 4K dan juga pembangun aplikasi VR. AMD menggelarkan Radeon Pro Duo sebagai “kad grafik terpantas di dunia”.

Antara ciri lain Radeon Pro Duo:

  • Sokongan LiquidVR untuk pembangunan aplikasi VR lebih lancar dan optimum
  • Prestasi sehingga 16 TFLOP
  • Penggunaan HBM 8GB untuk lebar jalur memori yang lebih lebar dan pantas
  • Sistem penyejukan cecair (liquid cooling) dari Cooler Master untuk prestasi maksimum tanpa had suhu

Radeon Pro Duo dikhabarkan akan mula dipasarkan sekitar April 2016 dengan harga US$1500 (RM 6045 pada masa artikel ditulis), hanya beberapa minggu selepas Oculus memasarkan peranti Rift VR mereka. Dengan pengeluaran Radeon Pro Duo dan arkitektur Polaris yang bakal diumumkan tidak lama lagi, AMD telah mula mendapat rentak dalam memenangi hati industri dan pengguna yang telah agak lama dikuasai pesaing seperti Intel dan Nvidia.

 

Nota penulis: Go AMD go! Say yes to AMD’s power.

 

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Anan
Gamer, programmer dan PCMasterRace tegar. Genre kesukaan shooter dan puzzle. Juga seorang audiofilia kecil-kecilan. Minat bidang teknologi sejak sekolah rendah lagi dan akhirnya berjaya membina PC sendiri.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response