AMD Radeon R9 4xx Bakal Dilancar Jun 2016?

Perkhabaran berkenaan generasi baharu GPU Radeon dari AMD berkod Polaris semakin banyak didengari akhir-akhir ini. Terbaru, sumber dari HardwareBattle melaporkan bahawa siri Radeon R9 4xx akan dilancarkan Jun ini bermula dengan R9 490 dan 490X

Menurut sumber, R9 490X  adalah berasaskan GPU Polaris 10 seperti yang pernah didemonstrasi pada CES 2016 Januari lalu. Ini bermakna R9 490X bukan lagi penjenamaan semula arkitektur lama seperti yang dilakukan pada R9 290X dan 390X yang diasaskan daripada Radeon 7970 sebaliknya menggunakan arkitektur Polaris baharu yang lebih berkuasa dan efisien.

Buat masa ini, R9 490 dan 490x  dikatakan adalah pesaing rapat bagi Nvidia GTX 1070 dan 1080 (Pascal) yang juga masih belum diumumkan secara rasmi oleh Nvidia. Dengan Polaris, AMD bakal menawarkan prestasi dan pengunaan tenaga lebih baik berbanding arkitektur terdahulu dan dari saingan Nvidia.

Dengan Computex 2016 yang bakal menjelang tidak lama lagi, tidak mustahil AMD dan Nvidia bakal mengumumkan GPU arkitektur baharu mereka dalam perlumbaan menarik minat pengguna khususnya gamers dan menambah bahagian pasaran yang lebih baik.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Anan
Gamer, programmer dan PCMasterRace tegar. Genre kesukaan shooter dan puzzle. Juga seorang audiofilia kecil-kecilan. Minat bidang teknologi sejak sekolah rendah lagi dan akhirnya berjaya membina PC sendiri.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response