AMD RX 480 Mula Dijual Secara Pra-Beli Di Malaysia, Harga Dari RM1,249

Setelah pengumuman dari AMD untuk RX 480 semasa Computex yang lepas dan juga pengumuman semula pada E3 2016 bersama dengan kad grafik RX 470 dan RX 460.

Tarikh pelancaran yang dijadualkan adalah sebelum Julai dengan harga anggaran USD $200.

Beberapa penjual di Malaysia juga membuka pra-beli untuk AMD RX 480 yang dijual bermula dari RM1,249.

Mengikut dari sumber melalui Reddit, salah seorang ahli forum tersebut menyatakan penjual Lucro PC dari Cyberjaya pernah membuat promosi RX 480 pada harga RM1,249 dengan PWP (Purchase with Purchase) 240GB SSD hanya tambahan kos RM199.

TUkQHGx

GameHyperMart juga menerima sebarang tempahan dengan pra-beli pada harga RM1,319.

RX 480 adalah sebuah kad grafik generasi baharu oleh AMD yang memfokuskan kepada “mampu milik dengan kuasa yang hebat” yang diperkatakan tidak akan bertanding dengan Nvidia 1070 / 1080.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response