Apa Yang Menarik Tentang Acara AGES 2016?

Bermula pada 27hb Mei (Jumaat), AGES 2016 atau dikenali sebagai Asean Games for eSports akan diadakan di Hall 3, Mid Valley Exhibition Center (MVEC).

Dengan kebanyakan pemain hebat didalam eSukan di rantau ini, ianya adalah pertama kali bagi atlet eSukan Malaysia untuk berentap dengan atlet terhebat dari beberapa bahagian negara ASEAN yang lain.

Untuk permulaan, acara ini akan dibahagikan kepada 3 hari, dimana hari pertama akan menumpukan kepada pasukan yang terpilih dari Malaysia dan bertempur bagi mendapatkan kelayakan untuk pusingan ASEAN pada hari kedua (Sabtu). Maka para atlet tempatan akan menempuhi pasukan dari negara Singapura, Indonesia dan juga Vietnam pada pusingan ASEAN ini. Pusingan terakhir akan dibuat pada hari ketiga (Ahad), untuk menentukan juara pertandingan AGES mengikut dari kategori tersendiri.

3 jenis game utama akan dipertandingkan seperti DOTA 2, Counter-Strike: Global Offensive dan FIFA 16 mengikut dari gambar poster dibawah.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian adalah jumlah besar bagi pemain tempatan yang hadir pada hari pertama untuk pertandingan Malaysian Finals. Dengan beberapa kalangan dari mereka yang mewakili universiti mereka, maka ianya sudah semestinya akan menjadi sebuah acara yang menarik dengan pelbagai aksi semasa AGES 2016 nanti.

Berikut adalah senarai pemain tempatan untuk pertandingan mengikut dari kategori game masing-masing.

Jom hadiri acara AGES 2016 ini di MVEC untuk memberi sokongan kepada atlet tempatan dan dalam masa yang sama dapat melihat atlet dari negara ASEAN bertempur secara langsung!

Maklumat lanjut, sila layari http://ages.my/home/

Komen Melalui Facebook

Langgan dan Peluang Menangi RM30 Baucar Tunai

Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Comments
Leave a response

Leave a Response