ARENZ, Dari Malaysia Selaku Naib Johan Di Tekken 7 King Of Iron Fist (SEA)

Asia Tenggara menampakkan lagi kualiti pemain untuk game kategori perlawanan dengan perlawanan King of Iron Fist Tournament 2016 yang telahpun tamat semalam di acara GameStart 2016, Singapura. Game yang dipertandingkan adalah Tekken 7 Fated Retribution di platform mesin arcade.

Perlawanan hanya dihadkan kepada pemain dari Singapura, Indonesia dan Malaysia, pemenang akan berpeluang untuk bermain pada acara utama pada penghujung tahun ini. Manakala Filipina dan Thailand mempunyai acara mereka sendiri untuk peringkat kelayakan. Pemain tempatan dari Malaysia juga mempunyai bakat mereka tersendiri dimana 4 pemain kini telahpun berada di tangga 16 teratas. Mereka adalah ARENZ, Ruz.Rd, BALANCE/PAKCHOY dan shinato. malaysia.

ARENZ semestinya salah seorang yang mempunyai bakat hebat dengan prestasi beliau mengalahkan Ruz.Rd dan shinato. malaysia. Namun kemenangan beliau dilumpuhkan oleh Meat of Indonesia yang menempatkan beliau (ARENZ) untuk berlawan dengan tiga pemain lain diperingkat bawahan.

arenz-tekken7-koift16sea

Pememang acara ini, Meat of Indonesia

Dengan kemenangan ARENZ dengan tiga pemain tersebut, beliau sekali lagi bertemu dengan Meat pada peringkat akhir. Perlawanan yang agak sengit menampakkan Meat terpaksa menukarkan karakter Tekken 7 beliau kepada Bryan Fury dari King atas kehebatan karakter Josie dari ARENZ. Dengan markah 3-2, Meat akhirnya digelar sebagai juara untuk King of Iron First Tournament (Peringkat Kelayakan) manakala ARENZ mendapat tempat ke-2.

Tahniah kepada semua khususnya kepada pemain dari Malaysia dengan prestasi hebat mereka sehingga mendapat tempat 16 teratas. ARENZ membawa pulang PS4 baharu atas kemenangan beliau di tempat ke-2.

Artikel Asal Didalam Bahasa Inggeris

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response