Astro Mencari Bakat Hos Untuk Siaran eSukan Mereka

Jikalau anda mempunyai bakat dari segi bidang hos wawancara dan juga berpengetahuan tentang industri eSukan, ini adalah peluang terbaik anda untuk menunjukkan bakat anda kepada umum. Astro kini membuka pendaftaran untuk pencarian bakat hos untuk siaran eSukan baharu mereka. Siaran eGG yang baru sahaja dumumkan pada bulan lepas kini memerlukan bakat hos rancangan mereka untuk persiapan pelancaran saluran ini pada Jun 2016.

Program pencarian bakat ini akan diadakan pada 14hb May ini di pejabat Astro, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Namun anda perlu mendaftar terlebih dahulu secara dalam talian sebelum ditemuramah. Pendaftaran agak berbeza bagi sesiapa yang berminat dari luar Malaysia dengan memberikan video pendek untuk menyakinkan panel juri.

Juri-juri yang menentukan bakat dipilih adalah beberapa orang penting dan selebriti terkenal Astro seperti Adam C (Hos Astro Supersport), Reuben Kang (Hos Program Astro Football Overload), Michelle Lee (Hos Astro Supersport & Hitz.fm), Nicholas John (Produser Eksekutif Astro) dan Keith Wu (Astro Supersport).

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
100%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response