ASUS Memperlihatkan Laptop Gaming Pertama Dengan Cip Ryzen

Now Reading
ASUS Memperlihatkan Laptop Gaming Pertama Dengan Cip Ryzen

Acara Computex 2017 yang telah berlangsung di Taipei akhirnya selesai dengan jayanya semalam.

Pelbagai produk teknologi dan komputer diperlihat semasa acara tersebut, malah Acer juga mengambil kesempatan dengan mengumumkan Aspire Nitro Laptop Gaming mereka dengan harga mampu milik.

Baca: Acer Unveils The Aspire Nitro 5 Gaming Laptop

ASUS, juga tidak ketinggalan untuk memaparkan produk-produk baharu mereka. Pada 23hb Mei yang lepas, mereka pernah memuat naik video sebagai “teaser” kepada umum mengenai produk laptop gaming mereka didalam siri Republic of Gamer (ROG) yang akan hadir dengan cip pemprosesan Ryzen secara julungkalinya di dunia.

ROG STRIX GL702ZC adalah laptop yang membawa cip Ryzen 7 1700 yang mempunyai 8-teras dan disertai dengan kad grafik jenis RX 580. Manakala skrin laptop tersebut adalah jenis panel IPS bersaiz 17.3″ dengan sokongan teknologi FreeSync.

Rupa luaran pula membawakan identiti elemen ROG itu sendiri dengan warna hitam dan aliran merah.

Maklumat harga dan tarikh pelancaran masih lagi tidak diberi buat masa ini.

Sumber: Laman web rasmi Asus

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response