Asus Swift PG27UQ – Monitor Berspesifikasi 144Hz, 4K dan HDR

Asus kali ini ingin mencipta rekod kerana diperkatakan akan melancar sebuah gaming monitor baharu, PG27uQ yang akan hadir dengan spesifikasi yang agak memberangsangkan. Bersaiz 27 inci, ianya juga akan menyokong HDR (High Dynamic Range), Nvidia G-Sync, resolusi 4K (3840×2160) dan kelajuan sebanyak 144Hz untuk skrin jenis IPS. IPS atau In-Plane Switching secara tipikalnya adalah panel skrin yang memaparkan kualiti warna yang amat cantik dan cemerlang dari segi sudut penglihatan (Viewing Angle) daripada skrin TN (Twisted Nematic), namun IPS mempunyai tindak balas skrin lebih lambat berbanding TN. Lihat maklumat penuh mengenai tips pembelian monitor disini.

PG27UQ masih lagi belum diumumkan secara rasmi, namun maklumat diatas diperoleh melalui kenyataan media yang tertiris. Ini adalah sebuah gaming monitor yang seumpama didunia atas kerana resolusi yang besar (4K) dengan kelajuan sebanyak 144Hz pada panel skrin IPS.

Kami berharap Asus akan umumkan secara rasmi dalam masa terdekat dengan harga yang menarik untuk monitor ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response