Battleborn Ingin Kembali Relevan Selepas Kegagalan Bertempur Overwatch

Selepas kegagalan Battleborn atas kerana tarikh pelancarannya yang amat dekat dengan game yang lebih terkenal, Overwatch, Gearbox, selaku studio disebalik siri game Borderlands kali ini ingin kembali relevan dengan kemaskini baharu.

Mengikut dari sumber melalui VG247, kemaskini baharu ini mengambil hampir setengah perubahan dibuat terhadap game tersebut. Berikut adalah senarai penuh kemaskini yang akan hadir:

  • Kesemua karakter akan diberi sebaik selepas pemain menghabiskan misi permulaan (Prologue)
  • Misi tambahan kini ditambahbaik dan pemain akan mendapat skin baharu selepas menghabiskan misi tersebut
  • Misi Story Mode memberi lebih banyak ganjaran kepada pemain.
  • Dua “training modes” diberi – Panduan untuk PvP boleh dimain sama ada secara solo, atau berkumpulan sehingga tiga orang.

Dalam masa yang sama, Gearbox juga tidak melupakan pemain mereka sebelum ini dengan pelbagai baik pulih dan ganjaran dibawah:

  • Penambahbaikan UI (User Interface)
  • Penambahbaikan Draft Mode
  • Misi harian untuk Mode Story dan PvP
  • Command Rank kini ditinggikan kepada 150, 20 untuk Character Rank.
  • PvP akan beri lebih banyak kredit, namun sesiapa yang tinggalkan misi lebih awal tidak mendapat apa-apa ganjaran.
  • Pelbagai barang seperti Core Pack dan Boost akan dijual di marketplace.

Battleborn juga mendapat kemaskini untuk versi PS4 Pro dengan kualiti 60fps pada resolusi 1080p atau 30fps untuk 4K.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan
Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response