Blizzard Menaja Ribuan Ringgit Dan Tiket BlizzCon Kepada Lelaki Ini Kerana Memulangkan Cakera Kod Sumber StarCraft

Now Reading
Blizzard Menaja Ribuan Ringgit Dan Tiket BlizzCon Kepada Lelaki Ini Kerana Memulangkan Cakera Kod Sumber StarCraft

Salah seorang pengguna laman web Reddit, Khemist49 menjumpai kod sumber permainan klasik StarCraft didalam bentuk cakera padat yang berwarna emas. Penjumpaan berlaku selepas beliau mendapat pakej “box of Blizzard stuff” selepas pembelian melalui eBay. Beliau terkejut dengan penemuan sebuah cakera dengan perkataan “StarCraft Gold Master Source Code” didalam pakej tersebut.

Maka Khemist49 mengambil keputusan untuk kongsikan penemuan tersebut didalam laman sosial Reddit bulan lepas. Beberapa hari kemudian, beliau mendapat panggilan dari Blizzard untuk memulangkan cakera tersebut atas sebab hak cipta dan harta intelektual.

Khemist49 memulangkan cakera tersebut dan mendapat Overwatch secara percuma dengan kredit kedai Blizzard bernilai $250 (~RM1,079).

Menariknya, Blizzard sekali lagi menghubungi beliau dengan tawaran untuk pergi ke acara BlizzCon secara percuma. Semua tanggungan seperti kos penerbangan dan tiket akan ditaja oleh Blizzard.

Bukan itu sahaja, Blizzard menghantar pelbagai barangan Overwatch dan permainan Diablo secara percuma seperti gambar dibawah.

Bagi kami, ini adalah sebuah layanan yang amat baik dari Blizzard kepada peminatnya dan ianya patut dicontohi dari syarikat-syarikat yang lain.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
67%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
33%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response