CrewMalaya

Sertai Kami!

Kami di GamerMalaya perlukan gamers seperti anda untuk membantu kami untuk mencapai misi kami, iaitu sebagai laman web gaming terpilih di Malaysia! Namun, atas sebab kami masih lagi baru di industri dengan skala crew kami yang kecil, segala sumbangan anda kepada GamerMalaya hanya kami mampu memberinya sebagai kredit kepada anda sebagai CrewMalaya di GamerMalaya.my. Ayuh! Asah bakat anda dan sertai kami!

Kelebihan CrewMalaya:

1) Kredit kepada anda pada setiap artikel yang anda sumbang di GamerMalaya.my
2) Berpotensi untuk main game terkini secara percuma
3) Berpotensi untuk mengikut kami membuat liputan media di acara / persidangan gaming seperti GameStart Asia di Singapura dan acara yang lain.

Setakat ini kami perlukan:

1) Penulis Artikel – Kekosongan (3 Orang)
– Skil: Hendaklah mempunyai skil penulisan Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris yang sederhana. Pengetahuan asas tentang blogging dan photoshop adalah bonus.
– Tugas: Hanya menulis artikel-artikel berita terkini tentang gaming dan juga artikel terpilih seperti pendapat penulis tentang suasana gaming terkini.
– Bayaran: Kredit kepada profil / porfolio anda. Setakat ini kami tidak mampu untuk membuat pembayaran, harap maklum 🙁

2) Penulis Reviu – Kekosongan (2 Orang)– Skil: Hendaklah mempunyai skil penulisan Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris yang sederhana. Pengetahuan asas tentang blogging, photoshop dan video editing adalah bonus.
– Tugas: Hanya menulis artikel-artikel reviu, nyah kotak dan pandang pertama tentang game terkini.
– Bayaran: Kredit kepada profil / porfolio anda. Setakat ini kami tidak mampu untuk membuat pembayaran, harap maklum 🙁

ATAU

Korang yang tak nak komitmen namun mahu memberi artikel saje-saje seperti:

– Pendapat anda seperti pelancaran game baharu, isu konflik studio game dengan pencipta game, prestasi hambar game porting ke PC, dan lain-lain
– Tips tentang pembelian laptop gaming, tempat terbaik membeli game, tips pembelian aksesori gaming.
– Bantuan atau walkthrough gaming seperti Bloodborne, Dragon Age, etc.

Boleh juga anda emelkan hasil nukilan anda ke gamermalaya.my@gmail.com

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan