Criterion Games: Tiada Lagi Burnout Atau Game Sukan Ekstrim, Fokus Kepada Game Star Wars

Criterion Games pernah mengumumkan siri game Burnout baharu yang memfokuskan kepada sukan ekstrim pada E3 2014 telah dibatalkan mengikut dari sumber VG247.

Video trailer yang pernah dimuat naik oleh Criterion pada tahun 2014 yang menunjukkan tentang kehebatan game baharu dengan konsep Burnout telah dipadam serta merta. Namun anda boleh melihat video tersebut yang dimuat naik oleh Youtubers yang lain.

Pihak EA (Electronic Arts) juga telah mengesahkan berita ini melalui temuramah bersama GameSpot bahawa projek ini telah dibatalkan dan Criterion kini memfokus kepada game Star Wars baharu. Seperti sedia maklum, EA pernah mengeluarkan video Star Wars di E3 2016 yang lepas, namun tiada maklumat lanjut diberikan.

While they’ve moved on from the previous project they’ve spoken about and aren’t pursuing it, they are continuing to build new ideas and experiment with new IP for EA, in addition to continuing to collaborate with other EA studios

Criterion Games pernah terlibat didalam projek Battlefront dengan game baharu untuk PlayStation VR, Star Wars Battlefront: X-Wing VR Mission.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response