fbpx

CTSC – Pertandingan Kompetitif Game Klasik Tetris Di Singapura

FA-Tetris-page-001-2-724x1024

eSukan atau pertandingan kompetitif game sering dikaitkan dengan Dota 2, Counter Strike: Global Offensive, FIFA 16, League of Legends mahupun yang game terbaru, Overwatch.

Namun tidak bagi acara ini, ianya kembali kepada game jenis klasik untuk pertandingan kompetitif iaitu Tetris. Universiti James Cook dari Singapura membuat kolaborasi dengan Classic Tetris World Championship (CTWC) dari USA untuk mengadakan pertandingan kompetitif Tetris yang julung kalinya dibuat di Singapura (Kemungkinan di Asia Tenggara juga). Classic Tetris Singapore Championship (CTSC) ini akan diadakan pada 28hb Mei ini dengan dibahagikan kepada dua segmen, iaitu pusingan kelayakan pada waktu pagi dan pusingan akhir pada waktu petang.

Peserta juga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang agak menarik seperti dibawah:

  • Hadiah pertama: S$300 + VR Headset
  • Hadiah kedua: S$200 + Kad baucar wayang bernilai $38
  • Hadiah ketiga: S$100 + Kad baucar wayang bernilai $38
  • Hadiah keempat: Koleksi setem edisi terhad Charlie Brown

Acara eSukan AGES di Kuala Lumpur Jumaat ini

Pemenang juga boleh memohon SCOGA Gamer Assistance Program untuk mendapat bantuan menyertai acara Classic World Tetris Championship di Portland (USA) Oktober ini, namun hanya terbuka kepada warga / PR Singapura sahaja.

Penyertaan adalah percuma dengan hadiah misteri untuk 100 peserta pertama yang mendaftar. Namun kami masih tidak mempunyai maklumat lanjut tentang pembukaan penyertaan dibuka kepada hanya warga Singapura atau terbuka kepada semua. Nantikan maklumat lanjut di halaman sosial Facebook kami.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -