Destiny 2: Tidak Akan Hadir Pada September Ini

Sekuel kepada game yang dibina oleh Bungie, Destiny 2 berkemungkinan akan ditunda dari tarikh asal yang sepatutnya pada September ini. Walaupun maklumat lanjut tentang sekuel ini masih lagi tidak diumumkan secara rasmi, namun dari sumber, maklumat yang tertiris dan juga pelan 10 tahun dari Bungie untuk siri ini sedikit sebanyak menyokong tentang pelancaran Destiny 2 kelak.

Anda Mungkin Meminati: Mikrotransaksi Destiny Untuk Menaik Taraf Karakter

Namun sumber dari Kotaku, menyatakan bahawa ianya tidak akan hadir pada September tahun ini atas beberapa sebab tertentu. Mahupun Bungie telah mengumumkan bahawa untuk tidak lagi memfokuskan kepada DLC baharu untuk projek sekuel ini, namun banyak isu dalaman seperti kominukasi antara staf sendiri yang tidak mengetahui tarikh sebenar pelancaran Destiny 2.

Destiny-Crimson-Days

Dalam masa yang sama, semalam, Bungie mengumumkan beberapa kandungan baharu bersempena dengan Valentine Day akan datang. Crimson Days adalah sebuah acara yang akan berkaitan dengan tema berpasangan yang bermula pada 9hb Februari ini, namun maklumat lanjut masih lagi tidak diketahui. Sumber melalui laman rasmi Bungie.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response