Destiny Melarang Pemain Dengan Sambungan Internet Yang Tidak Stabil di Crucible

Bungie mengeluarkan amaran bahawa kepada sesiapa pemain dengan sambungan internet yang tidak stabil dan perlahan semasa Crucible akan dilarang untuk bermain Destiny didalam bentuk PvP pada masa akan datang.

Isu ini telahpun lama diberi maklum balas oleh pemain, Bungie juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memperbaiki pengalaman bermain secara online (Crucible), namun masih mempunyai pelbagai masalah dihadapi khususnya dengan pemain yang mempunyai sambungan internet yang teruk.

Baca: Maklumat Tentang Destiny: Rise of Iron Tertiris.

Pada masa setakat ini, tiada maklumat lanjut tentang berapa jumlah pemain yang telahpun dilarang bermain atas sebab ini, namun seorang pemain telahpun berkongsi skrin amaran yang diberikan kepada pemain dari Bungie.

Destiny-Warn

Seperti gambar diatas, amaran pertama dinyatakan kepada pemain tentang keadaan sambungan internet beliau dan akaun mungkin akan dilarang untuk bermain (PvP) sekali lagi. Larangan ini hanyalah untuk Crucible sahaja, pemain masih lagi boleh bermain Raid, Strike dan Misi Utama bersama rakan-rakan.

Dengan keadaan internet tidak stabil di Malaysia, adakah ini akan menjadi sebuah isu besar kepada anda semua? Berikan pendapat dan ulasan anda melalui ruang komen dibawah.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
67%
WTF?
33%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response