Drama Bersiri The Witcher Akan Hadir Ke Netflix

Now Reading
Drama Bersiri The Witcher Akan Hadir Ke Netflix

Siapa tidak kenal dengan permainan terkenal oleh CD Projekt Red yang mendapat pelbagai pujian dari pengkritik khususnya permainan terakhir mereka, The Witcher 3.

Semalam, Netflix mengumumkan bahawa mereka kini didalam proses rakaman untuk drama bersiri adaptasi permainan video ini (yang asalnya diadaptasi oleh novel) dan akan ditayangkan didalam Bahasa Inggeris.

Andrzej Sapkowski, selaku penulis asal novel The Witcher ini memberi komen yang beliau amat teruja dengan projek ini. Beliau juga menyatakan hasil penulisan lebih dari 30 tahun untuk novel ini akhirnya dapat dilihat didalam bentuk drama bersiri.

“Beliau telah mencipta dunia yang hebat, dengan elemen ajaib dan sesuatu yang kami akan sentiasa didalam memori peminat,” kata Erik Barmack, Naib Presiden Netflix semasa beliau memberi kenyataan atas pengumuman ini semalam.

Setakat ini tiada tarikh rasmi diumum.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response