E3 2015: Electronic Arts 2015

Now Reading
E3 2015: Electronic Arts 2015

Selepas Microsoft dan Bethesda memberikan kandungan dan maklumat baharu semasa persidangan mereka, kini tiba masa untuk Electronic Arts (EA) beraksi dengan barisan tajuk-tajuk game mereka.

Mass Effect Andromeda

Akhirnya segala misteri terjawab dengan siri baharu game Mass Effect kini diumumkan. Berdasarkan kepada pihak pembina, BioWare, pemain boleh bermain sebagai Manusia antara lelaki atau wanita. Kata BioWare lagi bahawa karakter didalam video trailer ini bukanlah karakter utama game ini.

Pengembaraan baharu didalam planet galaksi baharu, Andromeda dengan pasukan dan jalan cerita yang serba baharu. Mass Effect Andromeda berkemungkinan dipasarkan akhir tahun 2016.

Need For Speed

Selepas video teaser yang lepas, kini pihak EA mengeluarkan video gameplay baharu untuk Need For Speed. Game yang diperkatakan sebagai “Underground Serba Baharu” menunjukkan bahawa kini pemain boleh ubah suai kereta seakan-akan siri Underground sebelum ini.

Video gameplay juga menunjukkan salah satu jenis perlumbaan didalam Need For Speed baharu iaitu Drift Attack.

Tarikh pasaran adalah pada 3hb November 2015.

Star Wars: Old Republic

Tahun ini sememangnya tahun yang sesuai untuk memberi banyak pengalaman Star Wars kepada peminat dengan filem baharu hujung tahun ini.

EA tidak melepaskan peluang dengan memaparkan video trailer baharu, Star Wars: The Old Republic yang menunjukkan cerita tentang dua beradik ke medan perang. Namun atas sebab dendam mereka membunuh sesama sendiri.

Oktober adalah tarikh yang ditetapkan untuk game ini dipasarkan.

Unravel

Dengan persembahan yang agak gementar dari pembina, Unravel adalah sebuah game “indie” yang menceritakan tentang karakter dibuat oleh benang dengan keunikannya sendiri untuk menempuh cabaran dari musuh dan halangan.

Dibina dengan hanya 14 orang daripada studio di Norway, tak disangka EA memberikan peluang kepada pembina terhadap projek game ini.

Plants VS Zombies: Garden Warfare 4

Untuk peminat game casual dan secara multiplayer, Plants VS Zombies adalah sebuah game yang unik dan menghiburkan. Menentang musuh dan mempertahankan kebun-kebun daripada serangan zombie, ianya memerlukan strategi dan kerjasama dengan pemain yang lain.

Senarai Game Sukan Oleh EA Sports

Dengan sesi temu-ramah bersama pemain bola sepak lagenda, Pele, ianya memberi serba sedikit kelainan terhadap persiangan EA kali ini.

Berikut adalah senarai video-video untuk game sukan dari pengeluar EA Sports:

Madden NFL 16

NBA Live 16

FIFA 16

Mobile

Agak memeranjatkan bahawa EA agak memfokuskan kepada mobile daripada platform konsol atau PC. Sesi aplikasi untuk peranti yang agak lama yang menunjukkan bahawa banyak game-game akan dikeluarkan untuk platform iOS dan Android akan datang.

Mirror’s Edge Catalyst

Video gameplay baharu untuk siri Mirror’s Edge dipaparkan. Game yang berdasarkan konsep parkour ini memberikan serba sedikit sentuhan baharu dengan kualiti grafik yang menakjubkan, tanpa skrin loading dengan konsep open world.

Game ini akan berada dipasaran pada 23hb Februari 2016.

Star Wars Battlefront

Game yang dinantikan, Star Wars Battlefront baharu kini mendapat video gameplay baharu semasa persidangan E3 lepas. Bertempatkan seakan siri filem Star Wars sendiri, ianya menunjukkan bahawa kualiti grafik dan kandungan gameplay yang amat menakjubkan.

Setakat ini Battlefront diperkatakan tidak akan mempunyai kempen permain perseorangan, hanya multiplayer.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response