Edisi Terhad PlayStation 4 Versi Uncharted 4 Diumumkan

Bersempena dengan siri pengembaraan terakhir Nathan Drake oleh Naughty Dog, hari ini Sony mengumumkan konsol edisi terhad PlayStation 4 versi Uncharted 4 yang akan berada dipasaran April ini.

Edisi terhad ini menampilkan dengan warna yang seakan biru-kelabu, beserta dengan beberapa sentuhan warna emas seperti logo PlayStation, logo Uncharted dan juga tulisan “SIR PARVIS MAGNA”, sebuah perkataan Bahasa Latin yang diukir pada cincin Drake yang bermaksud “Kehebatan dari permulaan yang kecil”.

12697133_1126997207332950_2469657578402237096_o

Beberapa aksesori yang bertemakan Uncharted 4 juga diumumkan. Aksesori seperti Dualshock dan juga headphone tanpa wayar akan dijual dipasaran kelak.

Artikel Berkaitan: Jawapan tentang penundaan Uncharted 4

12525367_1126997210666283_1449505126593743678_o

12640311_1126997200666284_7415155824222718816_o

Untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah telahpun mula dijual secara pre-order dengan jenis kapasiti 500GB dan 1TB, manakala untuk Asia (Malaysia), masih lagi tiada maklumat buat masa kini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response