Pasaran Gaming Mudah Alih Akan Melebihi USD$7Bilion Untuk Pasaran Asia Tenggara

Industri gaming untuk platform mudah alih dijangka akan melebihi dari USD$7 Bilion (RM26.2 Bilion) pada tahun 2019 nanti untuk pasaran Asia Tenggara. Ini adalah atas faktor perkembangan pesat didalam industri smartphone dengan sambungan internet yang pantas.

Berdasarkan pada statistik tahun lepas, Asia Tenggara telah mendapat catatan jualan USD$1 Bilion (RM3.75 Bilion) dan dijangka akan meningkat sebanyak 48% pada lima tahun kemudian.

Merujuk kepada Frost & Sullivan, “Ini adalah perubahan yang memberangsangkan dan pantas. Namun untuk pasaran Thailand telah melebihi 50% untuk pasaran mudah alih manakala Indonesia dan Vietnam juga turut mempunyai impak positif ini.” kata mereka semasa sidang akhbar lepas.

Dengan kehebatan industri Gaming pada platform mudah alih, kami di GamerMalaya akan mengeluarkan program artikel baharu hujung minggu ini. Program yang berkaitan dengan berita terkini tentang platform mudah alih seperti iOS dan Android yang akan diumumkan di GamerMalaya.my.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response