Game Untuk Futurama Dan The Family Guy Akan Hadir Dengan Konsep Permainan Kad

Fox dan Kongregate mengumumkan sebuah game baharu yang bernama Animation Throwdown: The Quest for Cards. Game yang berkonsep permainan kad seperti Hearthstone ataupun game baharu Gwent: The Witcher Game (Dari siri The Witcher 3) yang menggunakan karakter dari Futurama, The Family Guy dan banyak lagi dari siri berkaitan. Namun siri terkenal, The Simpsons tidak akan berada didalam game baharu ini atas kerana ianya telah mempunyai game kadnya yang tersendiri dari EA (Electronic Arts).

Rick Phillips, Naib Presiden Eksekutif Fox Digital Entertainment, menerangkan bahawa pemain boleh berinteraktif dengan game kad ini bersama rakan-rakan.

Animation Throwdown: The Quest for Cards akan hadir dipasaran sebelum hujung tahun ini untuk platform Android dan IOS.

 

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response