Gamescom 2015 Mencatat Rekod Pengunjung Baharu

Gamescom 2015 telah pun melabuhkan tirai mereka pada minggu lepas dengan banyak pengumuman mengenai game-game yang akan dilancarkan.

Dalam masa yang sama, acara ini juga mencatatkan rekod pengunjung baharu daripada acara Gamescom yang lepas.

Dengan lebih dari 345,000 pengunjung daripada 96 buah negara. Ianya adalah tertinggi berbanding dengan prestasi kedatangan yang hambar pada tahun lepas dengan hanya 335,000 pengunjung dimana statistik tersebut menurun daripada tahun 2013, iaitu 340,000 pengunjung.

“Gamescom kini telah ke tahap seterusnya – ia bukan sahaja mengalami peningkatan pengunjung sahaja, malah pengunjung professional dengan potensi perniagaan juga amat digalakkan.” Kata Dr. Maximilian Schenk, Pengarah Urusan acara Gamescom.

“Terima kasih kepada sesiapa yang mengambil bahagian untuk menjayakan acara ini. Terutama sekali kepada beberapa pihak yang membawa program baharu untuk memberikan lagi keunikan acara ini.” Katanya lagi.

Gamescom telah pun selesai pada 9 Ogos yang lepas dan akan kembali pada 17-21 Ogos tahun hadapan di Cologne.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response