inFamous: Sucker Punch Amat Teruja Dengan Teknologi HDR Dari PlayStation 4 Pro

Selepas pengumuman mengenai PlayStation 4 Pro yang lepas, banyak studio game berminat untuk menggunakan kelebihan teknologi HDR (High Dynamic Range) yang memberikan kualiti cahaya dan warna lebih baik untuk pengalaman bermain yang seronok dan cantik.

Selepas studio Naughty Dog (terkenal dengan siri Uncharted) dan Imsoniac (terkenal dengan siri Ratchet & Clank) menyatakan minat dan hasrat untuk memanfaatkan teknologi ini, kini Sucker Punch, sebuah studio disebalik siri terkenal inFamous juga turut serta berminat.

“Saya amat fokus dan sensitif terhadap game saya khususnya pada kualiti cahaya. Ini adalah kerana game kami (inFamous) banyak memfokuskan kepada cahaya neon, keadaan permukaan jalan yang basah dan juga pantulan bayangan. Saya boleh menembak laser dari tangan saya, mengapa saya tidak teruja dengan teknologi HDR ini?” Kata Jason Connell, Ketua Bahagian Teknologi Seni, Sucker Punch.

HDR bukan sahaja pertama kali diperlihatkan didalam dunia industri konsol, Microsoft pernah melancarkan konsol Xbox One S mereka dengan teknologi yang sama.

Sucker Punch amat terkenal dengan siri game inFamous semenjak dari konsol PlayStation 3 lagi. Selepas inFamous Second Son dan First Light yang dipasarkan pada 2 tahun yang lepas untuk PS4, tiada lagi berita mengenai siri inFamous baharu oleh studio ini. Namun dengan kenyataan mereka diatas, kita mungkin akan dapat melihat siri baharu inFamous kelak.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response