Jualan PlayStation VR Mencecah Lebih Dari 1 Juta Unit

Now Reading
Jualan PlayStation VR Mencecah Lebih Dari 1 Juta Unit

Percaya atau tidak, alat aksesori realiti maya yang diperkatakan agak mahal, PlayStation VR kini telahpun mencecah lebih dari 1 juta unit jualan, mengikut dari pengumuman rasmi Sony semalam.

Jumlah jualan ini sekaligus mengalahkan pesaing mereka iaitu HTC Vive dan juga Oculus Rift yang mencapai sebanyak 420,000 unit manakalah 243,000 untuk Oculus, mengikut dari SuperData pada pengakhiran tahun 2016.

CEO kepada Sony Interactive Entertainment, Andrew House pernah menyatakan bahawa mereka akan mencapai 1 juta unit dalam masa terdekat pada kenyataan beliau kepada New York Times pada Februari lepas.

Shawn Layden, CEO kepada Sony Interactive Entertainment America berkata mereka akan memfokuskan lebih banyak permainan kepada platform ini khususnya pada acara E3 nanti.

BACA: E3 2017  – What You Need To Know

Mengikut Sony lagi, pemilik PSVR telah membeli sebanyak 5.25 juta unit permainan VR dengan anggaran 25 minit durasi permainan, maka ini adalah salah satu sebab utama mengapa perlu melancarkan lebih banyak pilihan didalam pasaran kelak.

Sumber: The Verge

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response