Jualan Steam Summer: Lebih Dari 12,000 Game Mendapat Diskaun

Steam telah menyerang anda semua dengan Jualan Steam Summer yang baru sahaja bermula.

Seperti biasa, pelbagai game dari Indie sehingga game terkenal akan mendapat diskaun yang besar untuk dibeli. Diskaun yang agak memberangsangkan seperti Fallout 4 pada harga RM99.50 (50% diskaun), Call of Duty: Black Ops III pada RM82.00 (50% Diskaun), dan siri Assassin’s Creed yang mendapat diskaun sehingga 75%.

Game terbaru seperti DOOM juga mendapat diskaun sebanyak 40% diskaun pada harga RM119.40.

Bertemakan “Summer Picnic Sale”, muka hadapan pelayar dan laman web Steam juga diubah untuk memfokuskan kepada jualan terkini. Uniknya kali ini Steam lebih fokus kepada game yang sedia untuk fungsi VR dan juga beberapa gajet seperti Steam Controller dan Steam Link.

Steam-GG

Mengikut dari sumber, jumlah game yang mendapat diskaun adalah sebanyak 12,845. Maka anda sudah sedia bersama dompet anda? Cepat dapatkan game yang anda minati sebelum jualan Steam tamat.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
50%
OK Lah
50%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response