Jualan Ulangtahun Ke-5 Lazada – 5 Produk Permainan Video Pilihan Hati Kami

Now Reading
Jualan Ulangtahun Ke-5 Lazada – 5 Produk Permainan Video Pilihan Hati Kami

Penafian: Artikel Ini Adalah Iklan Bersempena Dengan Jualan Ulangtahun Lazada Ke-5

Bersempena dengan lima tahun didalam industri eCommerce di Malaysia, Lazada Malaysia menyambutnya dengan jualan besar selama tiga hari dari 22hb sehingga 24hb Mac 2017.

Pelbagai produk mempunyai diskaun, malah jenama yang terkenal juga ikut serta untuk membuat jualan pada pelanggan semua. Jenama-jenama seperti Samsung, Armageddon, Sonic Gear, TP-LINK, AULA dan banyak lagi.

Maka, pada hari terakhir, jikalau anda masih lagi mempunyai banyak tanda soalan untuk pembelian saat terakhir ini, kami senaraikan 5 produk yang kami minati berkaitan dengan permainan video untuk rujukan anda semua.

Logitech G502 Gaming Mouse – RM232

Logitech semestinya sebuat peranti yang terkenal didalam segmen aksesori untuk permainan video. Malah peranti seperti gaming mouse mereka juga tidak kurang hebatnya.

Dengan fungsi warna RGB sehingga 16.8 juta yang boleh ditetapkan mengikut citarasa, sensitiviti tetikus ini juga boleh dicapai sehingga 12,000 DPI. Menariknya, G502 ini mempunyai banyak butang di pelbagai sudut untuk kualiti bermain yang lebih tinggi dan efektif.

Persona 5 (Pra-Beli) – RM218

Kalau anda seorang peminat dengan siri Persona, maka ini adalah peluang terbaik untuk beli secara tempahan dengan harga yang kami rasa agak berbaloi. Persona 5 dijangka akan mula dipasarkan pada 4hb April ini.

Viewsonic 23″ IPS Frameless Gaming Monitor – RM499

Jikalau anda mencari sebuah unit gaming monitor yang baharu, mungkin Viewsonic VX2363SMHL adalah salah satu yang anda perlu pertimbangkan. Dengan rekabentuk yang cantik, monitor ini mempunyai paparan dengan kualiti warna yang cantik, terima kasih kepada panel IPS yang disertakan.

Ianya juga boleh dihubungi dengan pelbagai cara melalui dua HDMI dan satu VGA.

Mass Effect: Andromeda Scott Ryder 7″ Action Figure – RM213.99

Walaupun dengan markah reviu yang pelbagai, figura koleksi terhad karakter Scott Ryder ini amat menarik perhatian kami. Dengan saiz 7 inci, ianya sebuah figura yang cantik untuk penambahan koleksi anda semua.

Maxtor M3 1TB External Hard Drive – RM209

Memandangkan PlayStation 4 kini boleh memindahkan permainan kedalam cakera luaran untuk kemudahan anda, mungkin Maxtor M3 ini adalah sebuah gajet yang anda perlu beli pada harga yang agak rendah.

Maka, adakah senarai diatas sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat keputusan untuk membeli?

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response