Kemaskini Baharu No Man’s Sky Membawakan 1080p Dan 60fps Untuk PS4 Pro

Now Reading
Kemaskini Baharu No Man’s Sky Membawakan 1080p Dan 60fps Untuk PS4 Pro

Baru-baru ini, kemaskini baharu No Man’s Sky akan membawakan permainan tersebut pada tahap 60fps didalam resolusi 1080p untuk PlayStation 4 Pro. 1.20 patch atau Path Finder update ini adalah sebuah kemaskini yang terbesar bagi permainan tersebut. Namun untuk resolusi 4K, ianya masih lagi dibawah paras yang selesa, 30fps dengan fungsi HDR.

Path Finder update ini memfokuskan kepada beberapa penambahbaikan didalam permainan tersebut. Seperti visual / kualiti grafik yang lebih tinggi, pangkalan yang boleh dikongsikan secara atas talian dengan rakan yang lain, kenaikan resolusi ke paras 4K, dan pelbagai kandungan-kandungan baharu yang lain.

Namun, Hello Games tidak pernah menyatakan tentang kualiti paras 60fps ini kepada umum, dan ianya adalah sebuah fungsi yang dinantikan oleh para pemilik PS4 Pro.

Kemaskini ini telahpun dikeluarkan beberapa hari yang lalu dan akan dimuat turun secara automatik. Layari laman web rasmi mereka untuk ketahui maklumat penuh tentang kemaskini baharu ini.

Ternyata kesilapan mereka yang lepas memberi impak yang teruk kepada mereka sekarang, dengan beberapa kemaskini baharu dan kandungan tambahan diberikan secara percuma, ianya adalah sebuah inisiatif yang kami hargai. Hello Games juga kini ingin memfokuskan kepada program pembiayaan mereka untuk studio-studio indie baharu untuk membina permainan video idaman mereka.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response