fbpx

Langganan Berbayar Oleh Nintendo Ditunda Sehingga 2018, Senarai Harga Diumum

Semasa pelancaran Nintendo Switch yang lepas, mereka pernah menyatakan tentang langganan berbayar akan diperkenalkan khususnya kepada pemain yang ingin bermain secara atas talian bersama rakan.

Namun, hari ini Nintendo melancarkan laman web rasmi dan program langganan ini akan ditunda sehingga tahun 2018. Sekaligus menjadi sebuah berita baik buat pemilik Switch untuk menikmati bermain atas talian secara percuma lebih lama dari yang disangka.

Perbandingan langganan premium dengan akaun percuma

Malah harga langganan juga diumum dengan menawarkan 3 jenis langganan, 1 bulan pada harga USD $3.99 (~RM17), 3 bulan USD $7.99 (~RM34) dan langganan setahun pada harga USD $19.99 (~RM85.25).

Sebagai perbandingan, harga langganan dari Nintendo jauh lebih murah dari PlayStation Plus (RM129) atau Xbox Live Gold (~RM263) buat masa ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -