Lihat Video Perbandingan NieR:Automata Antara PS4 & PS4 Pro

Salah satu saluran Youtube yang terkenal dengan video perbandingan grafik dan analisis, Digital Foundry memuat naik video terkini untuk perbandingan permain NieR Automata antara konsol Sony PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro.

Mengikut dari video perbandingan diatas, ternyata tidak banyak boleh dilihat sebagai perbandingan selain dari resolusi yang tinggi dan tambahan elemen kecil seperti asap dan letupan. Digital Foundry juga melaporkan bahawa kualiti grafik pada kedua-dua konsol ini amat menakjubkan dengan tambahan kualiti pada PS4 Pro.

NieR:Automata adalah sebuah permainan action RPG yang akan datang sebagai eksklusif sementara untuk PS4 dari Square Enix pada bulan Mac tahun ini. Versi demo juga boleh dimuat turun secara percuma melalui PlayStation Store.

Platinum Games, selaku studio pembina permainan ini menyatakan bahawa resolusi NieR:Automata untuk PlayStation 4 Pro adalah lebih tinggi pada 1600x900p berbanding 1920×1080 untuk PS4. Tambahan kualiti grafik seperti bayang-bayang dan pencahayaan juga diberikan untuk versi PS4 Pro. Namun, kedua-dua konsol dapat menikmati pemprosesan yang lancar pada taraf 60 frames per second.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response