Maklumat Tentang Alat Kawalan PlayStation 4 Baharu Tertiris

Sony pernah mengumumkan bahawa projek PS4 Neo adalah benar namun mereka tidak memberi apa-apa maklumat pada E3 2016 yang lepas. Sebagai persediaan untuk pelancaran PlayStation Neo ini, maklumat baharu tertiris dari sumber DualSHOCKERS menyatakan dokumen aplikasi pendaftaran untuk alat kawalan DualShock 4 baharu melalui FCC (Federal Communications Commission) dengan kod “CUH-ZCT2U”.

DualShock4-1

Alat kawalan ini mempunyai berat, kuasa voltan dan kapasiti bateri yang sama seperti model yang sekarang. Namun apa yang berbeza adalah dari segi spesifikasi untuk antena Bluetooth dan juga nombor kod yang diberikan.

Kesemua alat kawalan PlayStation 4 dari versi sebelum ini sehingga sekarang mempunyai kod nama yang sama, iaitu CUH-ZCT1. Namun hanya satu alat kawalan mempunyai kod yang berbeza, iaitu DualShock 4 Edisi Khas Star Wars.

Dari dokumen FCC, ini adalah alat kawalan PS4 yang pertama membawa kod “ZCT2” selepas kod “ZCT1” sebelum ini, sekaligus berkemungkinan akan membawa perubahan yang besar dan dipercayai akan diumumkan bersama PlayStation 4 Neo kelak.

DualShock4-2

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
43%
OK Lah
7%
ZOMG!
0%
WTF?
29%
Lel
0%
Meh
21%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response