Malaysia Mencatat Jualan Permainan Video Lebih Tinggi Dari Singapura, Vietnam Dan Filipina

Now Reading
Malaysia Mencatat Jualan Permainan Video Lebih Tinggi Dari Singapura, Vietnam Dan Filipina

Sebuah data menarik dari Newzoo menunjukkan statistik jumlah jualan permainan video yang akan diperolehi diseluruh dunia mengikut dari 100 negara-negara yang tersenarai.

Sebagai perbandingan, negara China masih lagi mendominasi pada tahun ini dengan USD $27.55 bilion jualan, manakala Amerika Syarikat terletak di tangga kedua dengan USD $25 bilion jualan. Jepun pula mengikuti di tangga ketiga dengan hampir setengah dari jualan Amerika Syarikat, iaitu sebanyak USD $12 bilion.

Laporan ini juga menyenaraikan Malaysia ditangga 21 dengan jualan sebanyak USD $586 juta, sedikit rendah dari Thailand pada rangka USD $586 juta. Singapura pula menduduki ditangga 32 dengan USD $317 juta.

Newzoo pernah mengeluarkan laporan yang sama pada tahun 2015, namun untuk 50 negara yang pertama sahaja.

Pengiraan data ini adalah berdasarkan pada penyelidikan pengguna, transaksi yang direkod, laporan penjualan syarikat dan beberapa maklumat lain yang tidak termasuk daripada jualan konsol atau segala transaksi melibatkan B2B (transaksi perniagaan kepada perniagaan).

Berikut adalah 10 negara teratas untuk penjualan permainan video:

  1. China – USD $27,547,039,000
  2. Amerika Syarikat – USD $25,059,883,000
  3. Jepun – USD $12,545,659,000
  4. Jerman – USD $4,378,066,000
  5. United Kingdom – USD $4,217,715,000
  6. Korea Selatan – USD $4,187,711,000
  7. Perancis – USD $2,967,052,000
  8. Kanada – USD $1,947,371,000
  9. Sepanyol – USD $1,913,050,000
  10. Itali – USD $1,874,608,000

Dibawah pula adalah 6 negara teratas jikalau dibandingkan dari rantau Asia Tenggara:

  1. Indonesia – USD $879,740,000
  2. Thailand – USD $597,173,000
  3. Malaysia – USD $586,682,000
  4. Vietnam – USD $364,981,000
  5. Filipina – USD $354,232,000
  6. Singapura – USD $317,618,000

Sumber: Newzoo

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response