Manchester United Menjuarai Liga Ultras FO3 Musim Yang Pertama

Now Reading
Manchester United Menjuarai Liga Ultras FO3 Musim Yang Pertama

Pada 12 April yang lalu, telah berlansungnya perlawanan atau minggu terakhir Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] bertempat di Redsea Internet Cafe, Kuala Lumpur. Di mana ianya merupakan perlawanan penentuan pasukan manakah yang akan bergelar juara edisi sulung Lig Ultras FO3.

Liga Ultras FO3

Liga Ultras FO3: Jadual Perlawanan Minggu Ketujuh

Ibarat perlawanan di antara Manchester United dan Chelsea baru-baru ini, seperti sudah tersirat bahawa pasukan United akan memenangi perlawanan berkenaan. Begitu juga pertemuan di antara pasukan Buletin Manchester United [BMU] dan SOLJABIRU [Chelsea] yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada BMU dengan kiraan mata 2-1.

All Reds Malaysia [Liverpool] pula seperti melepaskan geram di saat akhir Liga Ultras FO3 ini apabila membelasah Arsenal Malaysia 3-0. Tetapi ini belum cukup memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga dan sekadar menghuni kedua tangga tercorot liga.

Real Madrid Malaysia tidak kurang hebatnya apabila membelasah satu-satunya pasukan yang tidak pernah menang dalam sebarang perlawanan sebelum ini, iaitu pasukan Malaysia Spurs. Real Madrid mudah menundukkan Spurs dengan kiraan mata 3-0, ini membantu mereka melonjak naik ke tangga keempat liga.

Sebuah lagi perlawanan, sudah pasti pasukan BMU harus berterima kasih kepada pasukan jiran mereka iaitu Manchester City Malaysia apabila menewaskan FC Barcelona Malaysia dengan kiraan mata 2-1. Sekaligus memberi peluang untuk pasukan Manchester United memintas Barcelona di penghujung liga ini.

Ini bermakna, tamat sudah saingan Liga Ultras FO3 bagi musim yang pertama ini. Tahniah buat pasukan Buletin Manchester United yang menjadi JUARA sulung liga ini.

Liga Ultras FO3

Liga Ultras FO3: Carta Liga Minggu Ketujuh

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Jaki
Menggemari PC & Konsol terutama permainan sukan dan strategi. Merupakan founder kepada Revoltage Esport dan pemain FIFA Online 3. Ingin memiliki sebuah gaming PC yang masih tidak kesampaian. Juga seorang blogger dan minat menulis berkenaan gaya hidup yang selaras dengan perkembangan teknologi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response