Mass Effect: Andromeda Kemungkinan Akan Dipasarkan Pada Mac 2017?

EA dan BioWare pernah menyatakan bahawa Mass Effect: Andromeda akan mula dipasarkan antara Januari ke Mac 2017. Namun mengikut dari sumber yang berkemungkinan memberi sedikit petunjuk bahawa permainan video ini akan mempunyai tarikh yang tepat pada 21hb Mac 2017, melalui laman web Amazon.

Ianya terjadi atas kerana salah satu produk yang dinyatakan adalah “The Art of Mass Effect: Andromeda” oleh syarikat penerbit Dark Horse Comics melalui laman web Amazon dengan tarikh pasaran 21hb Mac ini.

Dark Horse adalah sebuah syarikat yang amat rapat dengan BioWare, mereka juga mengeluarkan beberapa komik interaktif Mass Effect dan Dragon Age dan juga buku yang dinyatakan diatas melalui acara New York Comic Con minggu lepas.

N7-Day, sebuah acara khusus untuk maklumat lanjut Andromeda ini akan dibuat pada 7hb November oleh BioWare.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response