Microsoft Akan Menawarkan Program Pengembalian Wang Secara Digital Yang Mudah

Now Reading
Microsoft Akan Menawarkan Program Pengembalian Wang Secara Digital Yang Mudah

Untuk menarik perhatian pengguna khususnya didalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan, syarikat gergasi seperti Microsoft diperkata akan menawarkan  program pengembalian wang yang mudah kepada pembeli.

Mengikut sumber dari Reddit, program ini akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan memudahkan pembeli meminta kembali wang dari pembelian produk / permainan dibuat untuk konsol Xbox One atau PC melalui Windows Store.

Namun mengikut dari sumber NeoGAF, beberapa syarat dikenakan untuk program ini.

Syarat seperti permainan perlulah dimuat-turun telebih dahulu dan dimain. Permintaan juga hanya boleh dibut 1 hari selepas tarikh pelancaran permainan tersebut.

Syarat yang lain adalah seperti tempoh maksima 14 hari untuk pengembalian wang dan juga tidak lebih dari 2 jam waktu bermain.

DLC, season pass atau add-on adalah tidak layak untuk program ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response