Monitor Melengkung Asus Dengan Teknologi G-Sync Akan Berada Dipasaran

Monitor Melengkung yang bernama Asus RoG (Republic of Gamers) Swift PG348Q telahpun diperkenalkan sebagai unit konsep pada acara Computex di Taiwan tahun lepas, namun kini ianya akan berada dipasaran dalam bulan ini.

Beberapa maklumat teknikal seperti saiz skrin sebesar 34 inci (ratio 21:9) dan beresolusi 3440X1440, ianya menggunakan panel IPS yang mempunyai keupayaan tindak balas skrin serendah 5ms. PG348Q juga disertakan dengan G-Sync, sebuah teknologi oleh Nvidia yang mengurangkan isu “tearing”. Monitor ini juga mampu mengeluarkan “refresh rate” dari 60Hz sehingga 100Hz.

6tEiOJ-vv3jv.878x0.Z-Z96KYq

Artikel Berkaitan: Tips Membeli Monitor Untuk Gaming

Pelbagai input juga diberikan kepada monitor ini seperti HDMI, DisplayPort 1.2 dan juga USB 3.0. Dari segi rekabentuk, ianya tampak gaya dengan DNA “Republic of Gamers” itu sendiri beserta dengan tapak monitor-nya yang amat tegap oleh Asus yang dikenali sebagai “Armor Titanium and Plasma Copper”. Harga yang akan dijual agak mahal dengan anggaran lebih dari USD1,000 (>RM4,000).

Tiada berita rasmi setakat ini untuk penjualan di pasaran Malaysia.

Komen Melalui Facebook

Langgan dan Peluang Menangi RM30 Baucar Tunai

Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Comments
Leave a response

Leave a Response