Naughty Memberi Jawapan Tentang Penundaan Uncharted 4

Seperti kita tahu, bahawa game pengembaraan Nathan Drake, Uncharted 4 kini ditunda sehingga penghujung April 2016. Game selaku siri terakhir untuk Uncharted, sepatutnya akan berada dipasaran pada 18hb Mac 2016.

Neil Drukcmann dan Bruce Straley selaku Pengarah Naughty Dog, studio disebalik pembikinan game ini menyatakan sebab dan punca tentang penundaan game ini didalam laman web PlayStation Blog. “Kami perlu tambahan sedikit masa untuk mencapai piawaian dan visi kami”, kata mereka didalam blog rasmi PlayStation tersebut.

Uncharted 4 Delay Till APril

“Ini adalah siri yang terbesar bagi Uncharted dan krew kami bekerja sebaik mungkin untuk menyiapkan pembinaan game ini sebelum masa yang ditetapkan. Namun beberapa faktor kami perlu tambah untuk menambahbaik lagi game ini.” Katanya lagi.

Perlu Atau Tidak Membeli Game “Remastered”?

Penundaan game bukanlah perkara yang tidak biasa kita dengar, banyak game dipasaran sekarang mengalami masalah yang sama. Ini adalah kerana revolusi industri gaming yang makin besar dengan kandungan maksima akan diberikan, maka masa pembinaan yang diperlukan lebih banyak dari biasa.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz Johar
Minat Konsol & PC. Impian ingin memiliki PSP / Gameboy dari kecil sehingga sekarang. Minat menulis terutama didalam topik tentang game dan teknologi yang berkaitan. Oh ya, impian tadi? Tak pernah tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response