NBA 2K17 September Ini Dengan Paul George Dipaparkan Di Muka Hadapan Kotak

2ksmktnba2k17agnosticfobnoamarayedgesjpg-d49518_640w

2K Games mengumumkan bahawa NBA 2K17 akan mula dijual pada 20hb September ini dengan dua versi, NBA 2K17 Standard Edition dan NBA 2K17 Legend Edition. Paul George, seorang atlet bola keranjang yang terkenal dari pasukan Indiana Pacers dipilih untuk menghiasi kotak hadapan NBA 2K17 ini.

“Saya telah lama bermain NBA 2K”, kata George, “dan┬áberbesar hati kerana dipilih sebagai atlet yang akan dipaparkan di muka hadapan kotak NBA 2K17 nanti.”

Bersempena dengan pengumuman ini, NBA 2K16 kini diberi secara percuma untuk dimuat turun kepada pelanggan PlayStation Plus.

Pelanggan pra-pembelian akan mendapat akses awal selama 4 hari sebelum tarikh pelancaran. NBA 2K17 akan berada di pelbagai platform seperti PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360 dan juga PC, September ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response