“Nintendo Switch Adalah Impian Kepada Setiap Pemain” – Hideo Kojima

Now Reading
“Nintendo Switch Adalah Impian Kepada Setiap Pemain” – Hideo Kojima

Hideo Kojima, pencipta siri Metal Gear Solid dan Death Stranding mengeluarkan kenyataan beliau terhadap konsol baharu Nintendo Switch, di acara RTX Sydney dekat Australia baru-baru ini. “Switch adalah impian kepada setiap pemain” adalah salah satu kenyataan yang dipetik semasa ditemubual oleh IGN berkaitan topik konsol baharu, Switch.

I believe [Switch] is an extension of that idea. The fact you can play something at home and take it outside, this is the gamer’s dream. The Switch is an evolution of that.Hideo Kojima

Kenyataan diatas ternyata Nintendo Switch menerima pandangan positif oleh Kojima dengan kebolehan pemain bermain dirumah dan bersambung diluar dengan membawa konsol tersebut didalam mod tablet.

Beliau juga menyatakan bahawa konsep “2-dalam-1” ini telahpun dibuat melalui industri filem dimana pembeli akan mendapat kod digital semasa membeli cakera fizikal Blu-Ray, seperti dibawah:

“For example, often when you buy a Blu-Ray disc, it’ll have a code on the inside for a digital version, so in the same respect you can watch it at home and then take it on the go on your tablet and smartphone, this is how movies and TV are moving, and this is how games should go.” Hideo Kojima

Kojima amat yakin bahawa Switch adalah revolusi yang bagus untuk industri permainan video pada masa hadapan.

Nintendo Switch akan mula dipasarkan pada 3hb Mac ini dengan harga RM1,399 sebagai anggaran atas sebab ketiadaan pengedar rasmi Nintendo di Malaysia setakat ini.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
100%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response