Onimusha Akan Kembali: Capcom

Berdasarkan daripada sumber oleh Destructoid.com, Yoshinori Ono dari Capcom menyatakan bahawa mereka berkemungkinan akan kembali berbincang tentang pengembalian siri hebat Onimusha kepada platform generasi kini.

Mengikut dari temu ramah beliau bersama The Daily Star, Ono menyatakan, “sekarang saya masih lagi memfokuskan kepada projek Street Fighter V untuk pelancarannya bulan ini, apa yang saya boleh nyatakan adalah dengan penantian dan harapan yang tinggi oleh peminat, sudah pasti kami akan kembali untuk berbincang tentang siri sekuel game ini. Namun setakat ini masih tiada maklumat yang boleh saya kongsikan.”

“Saya pasti banyak berita baik yang membuat peminat gembira pada masa akan datang. Game kegemaran ramai akan kembali.” Kata beliau lagi.

Setakat ini masih lagi tiada kenyataan rasmi dari Capcom, namun dari pendapat kami, Onimusha berkemungkinan akan mendapat “Remastered” untuk konsol generasi kini dan sekuel yang berkemungkinan akan diumumkan pada tahun hadapan.

 

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response