Pasukan Call of Duty: Infinite Warfare Memuji Battlefield 1

Walaupun banyak cemuhan diterima selepas pengumuman Battlefield 1 yang lepas, namun pasukan dan staf Infinity Ward, sebuah studio disebalik pembikinan Call of Duty: Infinite Warfare, memuji atas video yang ditayangkan oleh DICE itu.

Melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter, ianya ternyata bahawa pasukan Infinity Ward menunjukkan yang mereka amat kagum dengan maklumbalas diberikan kepada peminat yang bertanya tentang pendapat mereka.

Ianya dimulakan melalui akaun rasmi Facebook Infinity Ward dengan menyatakan bahawa “ianya sebuah trailer yang bagus.”

InfiniteWarfare

Principal Rendering Engineer dari studio Infinity Ward, Michal Drobot juga memuji Battlefield 1 dengan kualiti grafik dan animasi diberikan didalam video trailer tersebut.

Pereka Game, Douglas Holder turut serta menyampaikan ucapan tahniah beliau.

Dan akhirnya Eric Monacelli, selaku Pengarah Hubungan Pengguna menyatakan bahawa pilihan lagu latar belakang yang terbaik untuk video itu.

Battlefield 1 akan mula dipasarkan pada 21hb Oktober untuk platform Xbox One, PC dan PlayStation 4. Manakala Call of Duty: Infinite Warfare pada 4hb November pada platform yang sama.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
100%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response