Pengarah NieR: Automata – Yoko Taro Inginkan PS Vita Generasi Baharu

Now Reading
Pengarah NieR: Automata – Yoko Taro Inginkan PS Vita Generasi Baharu

Masih lagi anda semua ingat berita sedih beberapa tahun yang lalu dimana Sony membuat keputusan untuk tidak memfokuskan kepada pembangunan konsol mudah alih mereka, PlayStation Vita.

Walaupun keputusan tersebut telahpun muktamad, Yoko Taro selaku Pengarah permainan video NieR: Automata masih inginkan generasi seterusnya untuk PS Vita atas sebab pelancaran konsol hibrid Nintendo Switch melalui status beliau di Twitter.

“Saya inginkan pengganti Vita. Walaupun saya amat hargai dengan pelancaran Switch, saya masih ingin melihat konsol mudah alih generasi baharu yang lebih kecil. Saya ingin memuaskan keinginan bermain yang tidak boleh dicapai melalui telefon pintar yang tidak punyai butang fizikal.”

Antara sebab utama Sony tidak memfokuskan pembangunan mereka kepada Vita adalah berkemungkinan dengan dominasi jualan telefon pintar yang lebih pantas dan relevan kepada pengguna umum.

Maka banyak syarikat permainan video memulakan pembangunan permainan mereka kepada platform telefon pintar yang mengambil sedikit sebanyak peratusan pemain yang gemar bermain secara “on-the-go“.

Namun PlayStation Vita masih lagi sebuah konsol mudah alih yang berbaloi dengan galeri permainan video (khususnya J-RPG) yang banyak, seperti diperkatakan oleh salah satu Youtubers Malaysia, The Kampung Nerd dibawah;

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response