fbpx

Perbandingan Antara Xbox One Versi Sekarang dan Xbox One S

Xbox One S baru sahaja diumumkan pada E3 2016 yang lepas. Bagi kami ianya ternyata berbeza, cantik dan lebih kecil berbanding dengan siri Xbox One yang sekarang. Namun selain dari perbandingan yang ketara, apakah yang berbeza antara Xbox One S dan Xbox One yang berada dipasaran sekarang ini? Mari lihat perbandingan penuh dibawah:

1) Reka Bentuk Yang Cantik dan Kecil

Ternyata      banyak perbezaan dari faktor reka bentuk untuk versi Xbox One baharu ini. Perbezaan yang paling ketara adalah saiznya lebih kecil sebanyak 40% berbanding Xbox One sekarang. Lebih tepat, dimensi Xbox One S adalah 13.1 x 10.8 x 3.1 inci, dimana Xbox One adalah 20 x 14.7 x 7 inci.

Xbox-S-Smaller-Size

Xbox One S juga boleh diletakan didalam keadaan melintang atau menegak dengan tapak yang disediakan sekali, dimana versi lamanya hanyalah secara melintang.

Setakat ini, port yang diberikan adalah hampir sama dengan versi lama, namun apa yang berbeza adalah ketiadaan port untuk Kinect untuk Xbox One S, anda berkemungkinan perlu membeli adapter USB yang dijual secara berasingan. Akan tetapi sokongan IR (Infrared) blaster diberikan untuk kawalan dari jauh dan menjadikan Xbox One S sebagai sebuah kotak media dari konsol game semata. Sokongan storan juga meningkat sehingga 2TB berbanding 1TB untuk Xbox One versi kini.

Xbox-S-IR

Satu lagi perbezaan ketara adalah bekalan kuasa yang diasingkan dari versi sebelumnya kini di intergrasikan didalam Xbox One S seperti PlayStation 4.

2) Peningkatan Prestasi Sehingga Resolusi 4K

Mengikut dari pengumuman Microsoft, Xbox One S mampu memaparkan sehingga resolusi Ultra HD atau 4K. Namun ianya hanyalah untuk servis striman filem dan drama bersiri seperti Netflix dan juga dari Blu-Ray dengan menggunakan port HDMI 2.0a. Bagaimana pula untuk game? Malangnya ianya tidak menyokong resolusi game sehingga 4K, seperti kita ketahui mereka inginkan fungsi tersebut untuk Project Scorpio, sebuah Xbox One yang lebih berkuasa yang akan dilancarkan kelak.

Xbox S

- Iklan -

Namun, mengikut dari sumber bersama TechRadar, semasa sesi temu ramah mereka dengan Jeff Henshaw, Pengurus Program Kumpulan Xbox menyatakan bahawa Xbox One S mampu meningkatkan resolusi game kepada 4K. “Bukan secara natif 4K, namun hanyalah upscale resolusi game dari 1080p kepada 4K.” Kata beliau, yang menerangkan bahawa Xbox One S hanya mampu membesarkan kualiti game beresolusi 1080p kepada 4K, bukanlah bermain game itu secara 4K secara natif.

Xbox-S-HDR

HDR (High Dynamic Range) juga adalah salah satu fungsi tambahan yang ditekankan oleh Microsoft sebagai “pengalaman gaming yang lebih cantik”. Dengan fungsi HDR, paparan yang dikeluarkan Xbox One S (Game ataupun filem) akan lebih cantik dengan penambahan kontras warna yang lebih pekat dan juga perbezaan hitam / putih lebih ketara. Namun anda memerlukan TV yang mempunyai fungsi yang sama, HDR.

3) Alat Kawalan Yang Agak Berbeza

Alat Kawalan baharu juga diumumkan, namun perbezaan tidaklah ketara dengan versi sebelumya. Namun apa yang kita dapat lihat adalah perbezaan dari segi integrasi sambungan bluetooth yang dimana anda boleh bermain melalui Xbox One atau Windows 10 PC dengan sambungan yang amat mudah. Ianya juga mempunyai tekstur untuk pengalaman baik buat pemain supaya tidak tergelincir semasa sesi gaming.

Xbox S Controller

Ianya juga diperkatakan bahawa sokongan jarak juga lebih jauh dari alat kawalan sebelumnya.

 

Persoalannya, Perlukah Anda Membeli Xbox One S?

Soalan diatas bergantung kepada beberapa situasi.

  • Anda sudah memiliki Xbox One
  • Anda belum memiliki Xbox One

Jikalau anda berada disituasi pertama, maka perbezaan diatas telah kami berikan dan ternyata Xbox One S jauh lebih baik dari Xbox One yang sekarang. Ianya juga mempunyai semua fungsi dari konsol sebelumnya, termasuklah kebolehan untuk bermain game dari Xbox 360. Satu kekurangan adalah port Kinect yang dimana anda perlu membeli adapter USB secara berasingan.

Xbox S X360

Namun adakah ianya berbaloi untuk anda menaiktarafkan konsol Xbox One anda yang sedia ada? Mengikut dari Microsoft, harga yang akan dijual adalah pada USD $399 (Anggaran RM1,600), bagi kami ianya agak murah dan agak berbaloi untuk bukan sahaja konsol malah untuk sebagai kotak media yang mampu bermain sehingga 4K untuk filem atau drama bersiri dari Netflix. Persoalannya adalah, dengan ketiadaan pasaran rasmi oleh Microsoft Malaysia untuk Xbox One, maka berkemungkinan harga jualan mungkin lebih mahal dari yang disangka.

Untuk anda yang ingin memiliki Xbox One buat pertama kali, amatlah berbaloi untuk anda menunggu sehingga Ogos ini untuk membeli Xbox One S berbanding dari versi lama. Tidak syak lagi, reka bentuknya amatlah menarik seakan hampir menandingi reka bentuk PlayStation 4 dari Sony. Akan tetapi, jikalau anda inginkan perbelanjaan anda kepada Xbox One yang lebih berkuasa, maka anda perlu menunggu lebih lama untuk kehadiran Project Scorpio dipasaran kelak.

- Iklan -


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -