Now Reading
Perlu Atau Tidak Membeli Semula Game “Remastered”


Game Remastered, bak cendawan tumbuh selepas hujan seperti yang kita lihat sekarang. Adakah ianya berbaloi atau tidak? Maka artikel inilah akan memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda untuk pembelian koleksi game terbaharu anda.

Semenjak konsol gen baharu dikeluarkan seperti PlayStation 4 dan Xbox One, banyak game baharu diumumkan. Sama ada game eksklusif atau game-game baharu dan sekuel dari siri yang lepas seperti, Bloodborne, The Order 1886, Forza Horizon 2, Sunset Overdrive, Destiny dan lain-lain.

Tom Clancy's The Division yang ditunda ke 2016

Tom Clancy’s The Division yang ditunda ke 2016



Namun ada juga game yang diumumkan dan tertunda atas sebab tertentu seperti, Tom Clancy’s The Division, Uncharted 4: A Thief’s End, Mirror’s Edge baharu, dan banyak lagi.Banyak sebab mengapa game-game yang dinantikan ini ditunda, salah satu sebab yang selalu diberikan adalah masa yang tidak mencukupi.

Berita-berita tentang penundaan game ini adalah amat sedih sekali bagi peminat yang menantikan game yang mereka minat. Namun jikalau kita lihat dari perspektif lain, ianya mungkin baik ditunda daripada hanya mengeluarkan game yang seakan tidak siap sepenuhnya. Salah satu contoh game yang tertunda namun memberikan impak terbaik kepada pemain dan mendapat banyak pujian adalah The Witcher 3: Wild Hunt. Berkemungkinan ianya berita baik, namun bukan semua, Star Wars 1313 pernah ditunda dan akhirnya projek tersebut dibatalkan atas sebab ambil alih Disney terhadap studio Lucas Arts.

Koleksi Uncharted: Nathan Drake Untuk PS4

Koleksi Uncharted: Nathan Drake Untuk PS4



Dengan banyak permintaan dari pemain konsol kini, pembina dan pengeluar kini mengambil keputusan untuk mengeluarkan game peralihan antara konsol lama kepada konsol kini sambil menunggu pelancaran game baharu. Banyak game peralihan atau dikenali sebagai “remastered” dikeluarkan hingga kini seperti, Borderlands, The Last Of Us, Grand Theft Auto V, Halo: The Master Chief Collection dan yang terbaharu, Uncharted Nathan Drake Collection.

Namun, persoalannya, adakah ianya berbaloi untuk dibeli? Persoalan ini akan dikeluarkan oleh dua jenis pemain:

  • Pemain yang pernah bermain game tersebut sebelum ini pada konsol lama
  • Pemain yang sebelum ini tidak pernah bermain game tersebut

Sebagai pemain yang kedua, ianya amatlah berbaloi membeli versi “remastered” namun bagaimana pula dengan pemain yang pertama?

Ianya bergantung kepada game dan isi kandungan yang diberikan kepada game tersebut. Banyak game “remastered” sekarang memberikan isi kandungan yang banyak seperti kesemua DLC akan diberikan, kandungan bonus dan banyak lagi.

Game Borderlands: The Handsome Collection DLC

Game Borderlands: The Handsome Collection memberikan kesemua DLC dari game sebelum ini.



ISI KANDUNGAN
Semestinya ianya amat berbaloi kerana banyak isi kandungan yang ditawarkan oleh pengeluar, namun anda perlu berhati-hati, kadang-kala “remastered” game tidak semestinya akan ditambah baik dari segi kualiti grafik untuk konsol kini, hanya dialihkan sahaja, atau dipanggil sebagai “port-over” dimana kualiti grafik seperti gen dahulu (PlayStation3 atau Xbox 360) yang boleh dimainkan pada konsol gen kini.

Namun ada pengeluar dan pembina game yang bekerja keras untuk memberikan pengalaman baik terhadap pemain, contoh terbaik adalah game Metro Redux, yang dimana mempunyai perbezaan kualiti grafik yang amat besar sekali.

Kualiti Grafik Metro Redux

Kualiti Grafik Metro Redux dan versi game yang sebelumnya pada sebelah kiri.

SEKUEL
Lagi satu sebab mengapa game “remastered” pilihan pemain adalah kerana siri sekuel baru akan datang. Contoh, Uncharted 4: A Thief’s End akan datang untuk platform PS4, banyak daripada kita sebagai pemain sebelum ini ingin bermain semula siri game sebelumnya, dimana Naughty Dogs mengumumkan bahawa koleksi dari kesemua 3 siri game Uncharted sebelum ini akan datang untuk versi PlayStation 4 dengan kandungan tambahan dan DLC. Semestinya banyak pemain akan memilih versi “remastered” daripada versi PlayStation 3. Juga dalam masa yang sama, bukan semua pemain PS4 adalah pemain PS3 sebelum ini :).

Halo Masterchief Collection Multiplayer

Halo Masterchief Collection. Pemain kini boleh bermain game klasik secara Multiplayer.

MULTIPLAYER
Salah satu lagi sebab yang amat kuat untuk game “remastered” adalah anda dapat menikmati tajuk game klasik dengan rakan anda secara multiplayer. Contoh terbaik adalah Halo: The Master Chief Collection. Kebanyakan game lama, pembina akan menutup hos online untuk game tersebut atas sebab kos dan pengurangan pemain, namun pabila versi “remastered”, suasana game multiplayer ini akan kembali dengan gen konsol kini anda.


BELI ATAU TIDAK BELI?
Pendapat dari penulis, Hafiz Johar: “Bagi saya, saya akan beli game yang saya minat. Uncharted dan God Of War “remastered” adalah salah satu daripada senarai game saya tahun ini. Juga saya memiliki game Borderlands: The Handsome Collection hanya kerana saya ingin bermain game terbaik ini bersama dengan rakan online saya.”

Namun ianya bergantung kepada individu, namun kami amat mengesyorkan jikalau game tersebut memberikan banyak kelebihan terhadap pemain sebagai penambahan koleksi game yang anda meminati.

“Shut up, and take my money!”

Ingin menulis artikel sebegini di GamerMalaya? Hubungi kami di gamermalaya.my@gmail.com.

Langgani kami dan peluang memenangi RM30 baucar tunai!
Telegram | Facebook Messenger | atau Emel Mingguan:


Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Hanya langgan salah satu diatas untuk kelayakan

Apakah reaksi anda?
Win!
0%
OK Lah
0%
ZOMG!
0%
WTF?
0%
Lel
0%
Meh
0%
About The Author
Kratos GM
Dikenali sebagai Abam GM sebelum Pakcik Mark Zuckerberg mengenali isi dan makna dari perkataan Abam itu sendiri. Maka Abam kali ini dikenali sebagai Kratos GM. Seorang yang ganas namun mempunyai perasaan baik terpahat di hati, khususnya lepas ada anak yang ntah mana dia pergi.
Komen Melalui Facebook
Comments
Leave a response

Leave a Response