fbpx

Pertandingan Hebat Naruto Ultimate Ninja Storm 4 – GameStart 2015

Hari ke-2 GameStart 2015 mempunyai banyak acara atas pentas diberikan kepada pengunjung. Dalam banyak-banyak acara yang diberikan salah satu yang amat menarik perhatian adalah sesi Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4.

Dipersembahkan oleh Shunsuke Fujita, selaku Producer untuk BANDAI NAMCO Entertainment Inc., beliau juga adalah seorang yang amat kasual dengan penampilan cosplay belliau.

DSC09726 (Custom)

Banyak butiran dan kandungan baharu akan diberikan untuk siri baharu Naruto ini. Seperti kuasa perlawanan dan karakter baharu.

Juga beliau menunjukkan video teknik perlawanan dan pertarungan boss didalam Ninja Storm 4 kali ini.

Menariknya, Fujita mencabar kepada pengunjung untuk bertandingan dengan beliau secara langsung. Dengan cabaran yang diterima dari kebanyakan peminat Naruto, ianya amat menghiburkan dan sekaligus menunjukkan betapa hebatnya Ninja Storm kali ini. Berikut adalah video pertarungan dari salah satu pemain dengan Fujita.

Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 akan mula berada dipasaran pada 5hb Februari 2016 untuk platform PlayStation 4 dan juga Xbox One. Ianya akan didatangkan dengan dua versi, iaitu standard dan collector’s edition.

DSC09769 (Custom)

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -